Tuesday 25 December 2012

Soal Jawab UAI Tentang Perayaan :)


Assalamualaikum :)

harini nak share sikit mengenai isu wish wish christmas
kat orang kristian . tadi blogwalking , terjumpa maklumat ni
kat sini BLOG IRFAN :) So , i'm gonna share it .
Tak salah kita nak berdakwah walaupun sepotong ayat kan ?

Di sini ada soal jawab mengenai wish kepada non muslim yang dijawab 
oleh Ustaz Azhar Idrus . Semoga bermanfaat untuk kita semua :)


Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni ? Setahu saya ada
 9.1% je . Tapi kenapa ramai yang sungguh sungguh tanya pasal krismas ni ? Seolah-olah kristian yang ada kat Malaysia ni 91.0% pulak .

Jawapan : Tulah, tak sibuk nak ucap Nabi SAW suruh ucap , doa zikir dan banyak lagi tak reti .

             

Soalan 2 :
Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! . Christmas adalah     hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap  “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak.

Jawapan :Dah larang sokmo ( selalu ) tapi jenis melayu ni degil..

               

Soalan 3 :Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena           
majlis perayaan krismas ?

Jawapan :harus, cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

               

Soalan 4 :(1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada               rakan-rakan yg menyambutnya?(2) Sekiranya, rakan-rakan(daripada Sabah Sarawak)  majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm majlis tersebut?

Jawapan :1. ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat. 2.              jika rakan kerja atau jiran sebelah . Jangan ucap atau buat apa-apa                  yang berkait dengan agama mereka,sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

               

Soalan 5 :Mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..orang non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2.. 

Jawapan :boleh ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz   salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah 
dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada.

             

Soalan 6 :Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya
cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya?

Jawapan :
harus hadir ke rumah kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak   membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

              

Soalan 7 :Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain   
macam contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

Jawapan :tak boleh sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

              

Soalan 8 :Rumah terbuka sempena christmas..

Jawapan :Sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana 
menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil dari Kitab          
Bahrulmmazi....

              

Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya "

     

No comments: